Hari sabtu pagi, seperti mana yang telah dirancang, hasni n is bawa makcik n nurin breakfast di kedai mamak dekat kinrara...kedai tu memang our favorite spot for makan2. So lepas breakfast kami terus ke tempat yang hendak dituju iaitu "AQUARIA". Pukul 11 tepat kami sampai ke KLCC, parking kat outdoor (RM7 per entry) turun escalator terus beratur untuk beli tiket. Memang lagi senang parking kat luar sbb lagi cepat and teramatlah dekat dengan entrance Aquaria. Tiket untuk dewasa RM28 seorang dan tiket adalah free untuk kanak-kanak yang berumur dibawah 3 tahun. Yang paling seronok tentulah Nurin. Kali pertama dikelilingi dengan pelbagai hidupan laut. Paling dia seronok ialah ketika berada dalam aquarium tunnel. Selama 3 jam kami habiskan masa didalam aquaria termasuklah solat zohor disana.
Kemudian kami ke area pandan dalam untuk menerjah Restoran Pak Ya - Chinese Muslim Food. Restoran pak ya ni hasni dapat tahu melalui rancangan jalan-jalan cari makan. Tengok dalam program tu harga makanan kat situ agak berpatutan dan secara kebetulah hasni juga salah seorang penggemar kepada chinese food maka misi untuk mencuba haruslah diutamakan...heheheheh. Restoran tu dibuka pada jam 3 petang. Tetapi kami sampai disana jam 2.45 petang dan kami juga merupakan pelanggan pertama di Restoran itu pada hari tersebut. Kami disambut mesra oleh tuan punya restoran iaitu PakYa. Maka bermula lah adegan meng'order' menu dengan tamaknya. Seperti biasa dan lazimnya Hasni lah yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pilihan menu. Bertepatan dengan perut yang semakin rancak mengalunkan irama hip hop..maka menu yang dipilih juga haruslah serancak iramanya. Maka hasni dengan kuasa veto ditangan telah memilih hidangan.... ikan siakap masak stim, tomyam campur, ayam kung pao, butter prawn, dan baby kailan ikan masin. Kesimpulannya...menu yang dipilih semuanya sedap dan amat menepati citarasa. Daripada ikan, tomyam, ayam, udang hinggalah sayur amatlah memenuhi selera kami. Dari 5 bintang, kami berikan 4 bintang untuk masakan pak ya. Portion setiap hidangan juga banyak. Sampaikan lebihan tomyam dan butter prawn terpaksa dibungkus dan bawa balik ke rumah akibat daripada perut yang sengkak...heheheheheeh. Waktu nak bayar pak ya datang ke meja kami dan bagitahu ikan siakap masak stim tidak perlu dibayar..free of charge. Kerana memandangkan kami adalah orang yang terawal datang ke kedainya pada hari tersebut. Dan secara kebetulan Hasni telah memesan menu pertama adalah ikan siakap so lauk itulah yang dikira percuma. Dah la antara semua lauk tu sememangnya siakap stim lah yang paling mahal, dapat free pulak.....mmg happy sangat. Cuma yang pak ya tidak tahu ialah yang hari itu juga adalah kali pertama kami ke restorannya. Apa pun syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri pada kami. Nampaknya selepas ini....kami akan ke sana lagi..hehehehehe...bukan kerana free tetapi sememangnya chinese food di restoran tersebut boleh dipuji kesedapannya.
Hari ahad pula, pada mulanya kami keluar sbb is nak jumpa client dia di Selayang...then kami plan nak lunch kat tempat adik (UIA) alang2 dah ke sana. Tapi dah keluar rumah separuh jalan client dia ada hal. So terus proceed ke UIA. Lunch and lepak kat sana lebih kurang dalam 1 jam setengah jer sbb tak nak la ganggu adik lama2. Dia tengah exam week. So lepas tu terus balik rumah. Macam biasa lepak depan tv, main-main dengan Nurin sambil tgk movie Air Force One di AXN Channel. Hujan pulak lebat selebatnya. Seronok dan nikmat yang tak terhingga rasanya. Dalam pukul 6 keluar gi pasar borong. Beli buah, udang, sotong, sayur, beras, dan telor. Lebih kurang sejam jer kat sana. Pukul 7 dah sampai rumah. Dah siap mandi dan solat masuk dapur buat sambal tumis udang dan goreng ikan bilis sbb keesokkan pagi nak bawa bekal nasi lemak ke ofis. Sekarang ni memang boleh dikatakan setiap hari bawa bekal dari rumah. Lepas masak lepak2 kejap then pukul 10.30 masuk bilik tidoooooooooooooooo. Begitulah cerita hari minggu yang sungguh indah.